HARI BIPOLAR SEDUNIA 2024
Ramai yang tidak sedar hari ini 30 Mac adalah hari memperingati penyakit Bipolar di seluruh dunia.
Bipolar adalah salah satu penyakit mental dari beberapa jenis penyakit mental yang sedia ada.
Berikut adalah beberapa gejala yang biasanya berkaitan dengan gangguan Bipolar:
Gejala Episod Mania:
• Rasa sangat gembira atau mudah tersinggung
• Memiliki perasaan tinggi diri
• Tahap tenaga dan aktiviti yang meningkat
• Idea mencurah curah dan pertuturan yang cepat
• Sikap impulsif dan terlibat dalam tingkah laku berisiko seperti pembelanjaan berlebihan dan pemanduan berbahaya.
• Kehendak tidur yang berkurangan
• Kesukaran untuk menumpukan atau memfokuskan pada tugas
• Kepercayaan yang tidak realistik terhadap keupayaan atau kuasa diri
Gejala Episod Depress:
• Rasa sedih, putus asa atau kosong sepanjang hari
• Kehilangan minat atau keseronokan dalam aktiviti yang pernah dinikmati
• Perubahan dalam selera makan atau berat badan
• Insomnia atau tidur berlebihan
• Kebosanan atau kehilangan tenaga
• Rasa tidak berharga atau bersalah yang berlebihan
• Kesukaran untuk menumpukan, membuat keputusan atau mengingati sesuatu perkara
• Fikiran tentang kematian atau bunuh diri, percubaan bunuh diri atau tingkah laku melukakan diri sendiri
Penting untuk diperhatikan perubahan ini boleh berbeza dari individu ke individu.
Sesetengah individu mungkin mengalami episod yang lebih kerap dan teruk, manakala yang lain mungkin memiliki tempoh kestabilan yang lebih panjang di antara episod.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala gangguan Bipolar, adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada seorang profesional kesihatan mental.
Gangguan Bipolar adalah keadaan yang boleh dirawat dan dengan diagnosis dan pengurusan yang tepat, pesakit boleh menjalani kehidupan yang baik.
Rawatan biasanya melibatkan kombinasi ubat, psikoterapi, dan perubahan gaya hidup. Intervensi awal dapat meningkatkan hasil dan kualiti hidup bagi individu dengan gangguan Bipolar.
Sebahagian besar simptoms Bipolar ini telah saya rasai sendiri selama bertahun tahun. Ia bukan satu gurauan. Penyakit mental memang benar benar wujud.
Saban tahun kes pesakit mental meningkat dan membimbangkan. Bagaimana penyakit ini boleh menyerang individu? Bila dan mengapa?
Saya kongsikan semuanya dalam ebook saya Pejuang Bipolar.
Masyarakat harus sedar tentang kewujudan penyakit mental dan mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari terkena penyakit ini.
Cegah sebelum parah.
SELAMAT HARI BIPOLAR SEDUNIA.
30 MAC 2024.
Ulasan
Catat Ulasan