Ramai yang tidak sedar hari ini 30 Mac adalah hari memperingati penyakit Bipolar di seluruh dunia. Bipolar adalah salah satu penyakit mental dari beberapa jenis penyakit mental yang sedia ada. Gangguan Bipolar adalah keadaan kesihatan mental yang dicirikan oleh perubahan suasana emosi yang ekstrem merangkumi emosi mania dan depresi. Berikut adalah beberapa gejala yang biasanya berkaitan dengan gangguan Bipolar: Gejala Episod Mania: • Rasa sangat gembira atau mudah tersinggung • Memiliki perasaan tinggi diri • Tahap tenaga dan aktiviti yang meningkat • Idea mencurah curah dan pertuturan yang cepat • Sikap impulsif dan terlibat dalam tingkah laku berisiko seperti pembelanjaan berlebihan dan pemanduan berbahaya. • Kehendak tidur yang berkurangan • Kesukaran untuk menumpukan atau memfokuskan pada tugas • Kepercayaan yang tidak realistik terhadap keupayaan atau kuasa diri Gejala Episod Depress: • Rasa sedih, putus asa atau kosong sepanjang hari • Kehilangan minat atau keseronokan dalam akt...
Yeay,akhirnya dapat terbitkan juga buku di Amazon. Setelah setahun mengambil masa untuk siapkan sebuah buku kisah hidup saya mengharungi kesukaran hidup sebagai pesakit mental. Didiagnosis sebagai pesakit Bipolar Jenis Dua ternyata melelahkan dan merumitkan hidup. Tetapi hidup perlu diteruskan. Sekelumit usaha penerbitan ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesihatan mental. Sokongan anda sangat perlu dalam menyebarluaskan usaha kesedaran penyakit mental yang semakin meningkat setiap tahun. Jangan lupa dapatkan buku saya "Pejuang Bipolar" di link di bawah. https://nna.onpay.my/order/form/01_ebook
Ulasan
Catat Ulasan